x
juwita
#
ukhuwah fillah.jpg hosted for free by ImageShack
kawan2
No replies - reply
 
#
Tags: alex aku
aku n alex.JPG hosted for free by ImageShack
hai kitak namo kamek noor.kamek suko na nak bergambar.tok la gambar kamek ngan kawan kamek.mun nak tauk namo nyer alex.sik tauk la nyer dah da owg pun x.x sempat juak maok interview hr yer.ape mcm gmbr yer ok x????
 
#
Picture 006.jpg hosted for free by ImageShack
kakakku
 
#
BENDERA MALAYSIA.png hosted for free by ImageShack
aku anak malaysia
 
#
kisah kasih

ZULSYAZSHAMALIA

 

 

            “He…he…”hanya itu respon yang mampu aku lakukan sambil tersengih apabila

 

ditanya pasal budak baru di kelas kami itu.

 

            Joey dan Shah nampak tak puas hati dengan ‘jawapanku’ itu.Aku peduli apa.

 

Walaupun aku memang akui yang Nur Alia memang cantik,aku takkan beritahu mangkuk

 

hayun dua ekor tu. Dengan mata sepet sesuai dengan taste aku,kulit cerah macam amoi

 

cashier koperasi dan perwatakan yang ala-ala perempuan melayu terakhir,susah aku nak

 

nafikan yang dia memang cantik. Dan yang membuatkan dia semakin cantik ialah dia

 

suka senyum padaku. Perasan!

 

 

            Tapi ada sesuatu yang menghalang aku untuk memberitahu sesiapa jua yang aku

 

juga dah angau sakan dengan budak Alia tu. Penghalang itu pun tak kurang cantiknya.

 

Awek aku,Syazwani.

 

 

            “Saya dengar awak rapat dengan Alia sekarang.”Syaz bersuara lembut.

 

Kedinginan di dalam perpustakaan yang aku rasai sejak dari tadi sedikit terganggu. “Best

 

la dapat berkawan dengan orang cantik macam Alia.”dia memain-mainkan pula pen di

 

jari-jari lembutnya.

 

 

            “Best…rasa nak duduk dekat dia saja.”aku sengaja mengusik Syaz. Tiba-tiba

 

lenganku terasa pedih. Jadi mangsa cubitan Syazwani.

 

 

            Sejak hari itu,setiap kali dating,Syaz mesti ungkit pasal perkara yang sama. Aku

 

pun apalagi. Saja nak menyakat Syaz. Kadang-kadang aku sengaja reka cerita tentang

 

kami berdua di dalam kelas.

 

 

            Suatu hari, Joey dan Shah ajak aku bertaruh. Bukan pertaruhan yang kami selalu

 

buat tu. Pertaruhan ini melibatkan orang,hati dan perasaan. Pertaruhan yang akhirnya

 

buat aku benar-benar menyesal.

 

 

            “Siapa dapat pikat Alia, dengan segala hormatnya dilantik menjadi ketua dan

 

yang lain akan menjadi hamba abdi. Seterusnya, perut dia akan ditop up secara percuma

 

selama sebulan.”terang Joey panjang lebar apabila aku tanyakan tentang award kepada

 

pemenang.

 

 

            Kami bertiga mula menjalankan jarum masing-masing. Alia yang memang dah

rapat dengan aku sejak dulu bukanlah masalah besar bagi aku. Yang merisaukan aku ialah macam mana aku nak handle anak dara yang sorang lagi tu, Syaz. Dia dia tu senanglah, belum ada awek lagi.  

            Sewaktu aku jaga kantin pada waktu rehatdua hari selepas pertaruhan itu bermula, (lupa nak cerita,aku pengawas sekolah) aku didatangi oleh kawan baik aku. Siapa lagi kalau bukan Joey dan Shah. Di tangan Shah ada sekeping kertas. Aku perasan tentang kertas itu pun setelah Shah melambai-lambaikan kertas itu.

            “Apahal? Aku sibuk ni.”aku tunjukkan muka kurang senang sedangkan aku suka. Boleh curi tulang sekejap.

            “Nah, Sham! Kau tanda tangan surat perjanjian ini.”Shah menghulurkan kertas yang dilambainya sebentar tadi kepadaku.

            “Tak boleh tunggu dalam kekas ke? Otak korang berdua ni memang manual la.”sambil  membaca kertas yang kononnya surat perjanjian itu, mulutku membebel pada dua orang budak itu.

            Tanpa banyak bicara, aku terus menandatangani surat perjanjian yang dikatakan sebagai pengesahan yang aku bersedia menerima apa jua hukuman jika gagal mendapatkan Alia. Aku memang tak kisah pasal hal tu sebab aku yakin yang kena hukum nanti ialah dua orang tu. Hahahaha…

            Semakin hari aku semakin bingung. Mana nak fikir pasal SPM lagi, Syaz lagi dan awek baru aku, Alia. Hah,terkejut?! Tak payah. Tak ada apa yang nak dihairankan kalau orang handsome macam aku ni dapat pikat Alia. Yang pasti,Alia sudah jadi milikku. Dengan semangat gentleman yang ada padaku, aku luahkan perasaan pada Alia. Rupa-rupanya selama ini dia juga menyimpan perasaan terhadap aku. Tak sia-sialah usaha aku selama ini.

            “Sham, Alia harap walaupun Sham ada perempuan lain, hanya Lia di hati Sham.”Alia bersuara sebak setelah perhubungan aku dan Syaz sampai ke pengetahuan Alia. Syaitan mana entah yang dengki denganku. Tapi aku yakin bukan di kalangan sahabat baikku.

 

“Lia percayalah. Sham hanya bahagia bila bersama dengan Alia. Selama ini pun Sham selalu tipu diri sendiri. Sham tak pernah cintakan Syaz macam Sham cintakan Lia.” Romeo nombor satu memujuk Alia. Entah mengapa, jauh di sudut hati aku dapat rasakan kata-kata itu ada betulnya.

            Aku takut juga kalau Alia tinggalkan aku. Aku dah mula sayangkan Alia walaupun mula-mula dulu aku tackle dia sebab tak nak kalah dengan kawan-kawan aku. Tapi aku juga tak sanggup nak lepaskan Syaz. Dia dah tawan hati aku. Alia pula kuasai jiwa aku. Arrhhggg…..! Aku tak tahu siapa yang aku nak sebenarnya sehinggalah suatu hari.

            “Sham,apa ni?!”Alia melemparkan sekeping kertas ke wajah handsome aku. Aku tunduk mendapatkan kertas yang telah melayang ke kakiku itu. Rupa-rupanya ‘surat perjanjian’ yang aku tandatangani dulu.

            “Oh,jadi selama ini Sham hanya pura-pura sayangkan Lia. Tak sangka Lia jadi barang taruhan. Sampai begitu sekali Sham hina Lia. Lia tak ada maruahkah?!”Alia benar-benar marah. Aku hanya tunduk memandang kasut puith Alia. Apabila aku beroleh kekuatan untuk mengangkat muka, apa yang aku lihat selepas itu membuat aku ingin panggil Puteri Cahaya untuk hilangkan aku dari situ.

            Syaz…? Macam mana pula dia boleh berada di blok Sains ini? Dialah antara pelajar Sastera yang masih primitif. Tak mahu ke blok Sains, malu katanya. Tapi sekarang…? Mesti ada sesuatu yang menyebabkan Syaz mahu ke sini. Dan aku tidak mahu memikirkan alasannya kerana aku yakin pasti  pasal tembelang aku yang sudah pecah.

            “Apa yang berlaku kat sini?”kedatangan Cikgu Ahmad menyelamatkan aku. “Balik ke kelas masing-masing.”dan sebaik sahaja mendengar arahan kaunsekor sekolah itu, mereka yang menjadi penonton setia drama sadis tadi pun berlalu termasuk kedua-dua buah hatiku. Cuma aku yang masih kaku.

            “Itulah awak. Mak bapa hantar ke sekolah suruh cari ilmu. Ini lain yang awak cari. Dah la awak tu pengawas sekolah.”kaunselor itu mengambil kesempatan untuk memahatkan nasihat ke telingaku. Aku masih tunduk. Tak sanggup nak angkat muka. Malu beb.

            “Cikgu dulu pun macam itu juga. Tapi taklah sampai mainkan perasaan perempuan. Kalau tidak, takkanlah cikgu boleh kahwin dua.”aku merenung muka Cikgu Ahmad untuk mencari kebenaran di sebalik kata-kata itu. Dia hanya tersenyum lalu menepuk bahuku. Setiap langkahannya menuju 4Sains terus kurenung. Hebat juga rupanya…

            Ketika masuk ke dalam kelas, aku diperhati dan direnungi. Macamlah aku ni artis. Ada juga yang bisik-bisik. Aku buat-buat tak tahu. Aku terus dudukdi tempatku sambil (pura-pura) baca buku. Siapa yang nak percaya aku sedang baca buku? Buku yang aku buka tu buku teks Physics.

            “Kau gaduh dengan Joey dan Shah ke?”Zul yang duduk di sebelahku tiba-tiba bertanya. Dia mengecilkan suara sebab waktu itu kami sedang belajar subjek kimia. Cikgu tu garang. Aku pun memang tak minat kimia sebab cikgu tu tak pandai ajar. Hahaha…nak salahkan cikgu pulak.

            “Apa pasal pulak? Aku okey jer dengan diaorang.”aku menjeling ke arah dua orang yang menjadi topik perbualan kami. “Kau tahu apa-apa pasal dia oarng ke?” mataku meliar pula mencari wajah Alia. Dia langsung tak menoleh memandangku. Benci sangat agaknya.

            “Sebenarnya dia orang yang hebohkan pasal pasal pertaruhan tu. Bila Syaz mint bukti, Shah serahkan surat tu.”Zul masih mengecilkan suaranya walaupun kedengaran bersungguh-sungguh.

            Begini rupanya permainan dunia. Sanggup mereka buat aku macam ni. Surat perjanjian itu cuma suatu perangkap. Tak sangka ini balasan mereka atas kebaikan aku. Apa yang aku tak pernah beri kepada mereka? Semua permintaan mereka aku tunaikan. Aku tak kisah berkongsi kemewahan aku dengan dua orang kawan baik aku. Tiba-tiba hati aku menjadi panas. Tunggulah lepas kelas nanti. Siap korang! Aku nak buat perhitungan.

            Rindu nyer! Arrhhhggghh…! Dah dua bulan aku tak melihat dan apalagi bertegur dengan si cantik manis Alia dan Syaz. Sejak hari aku terkantoi dulu tu, aku tak pernah lagi mendengar suara dua orang gadis yang sama-sama menang di hatiku itu. Yang menghairankan, rindu pada Alia lebih menggamit. Mengapa agaknya?

            Pasal Joey dan Shah? Huh,dah kena flying kick aku!(itu pun cuma dalam mimpi). Tahu kenapa aku tak belasah dia orang? Sebab petang itu ada suatu kejadian yang menyebabkan aku berada di tempat di mana aku berada sekarang.

            Entah macam mana, dek kerana aku nak sangat kerjakan Joey dan Shah, aku tak perasan ada kereta lalu ketika aku melintas jalan. Dalam tergesa-gesa aku nak memintas Joey dan Shah, aku pulak yang accident. Apalagi, terkulai layulah aku kat hospital ni sampai sekarang. Tangan dah okey cuma kaki aku saja yang masih belum kuat. Tapi dah boleh jalan silit-sikit. Tenagh aku meaku mengelamun, mak aku pula tiba-tiba datang.

            “Sham mesti kuat. Belajar jangan lupa walaupun Sham sakit. Next week dah nak exam. SPM penting untuk masa depan Sham.”itulah ayat azimat yang mak aku hampir tiap hari ulang selama dua bulan aku terlantar. Mak aku saja yang sudi melawat aku setiap hari. Ayah aku asyik sibuk dengan bisnes. Alia dan Syaz pun tak pernah datang melawat aku. Joey dan Shah usah cerita la.

            “Eh,Sham! Apa khabar kau sekarang? Kaki dan tangan kau okey ke?”Joey menegur ramah sewaktu aku kembali ke sekolah untuk menghadapi SPM. Kalau tidak kerana SPM,minta ampun. Beri seribu ringgit oun tak mustahil untuk pujuk aku ke sekolah.

“Hoi! Pura-pura baik konon.”aku balas teguran Joey dengan tengkingan. “Kau khianatkan aku, boleh pila Tanya aku okey ke tak?! Pasal kaulah aku jadi macam ni.”aku tolak bahu Joey kuat. Tekanan yang aku berikan pada tangan membuat aku mengaduh sakit. Joey kelihatan serba salah untuk membantu. Tapi muka redupnya kelihatan sayu. Nampak macam ikhlas.

“Sorry lah. Semua tu rancangan Shah.”akhirnya Joey bersuara.

“Hah,apa?!”

“Sabarlah. Aku nak cerita la ni.” Joey menarik tanganku dan mengajak aku duduk di tempat yang agak jauh dari rakan-rakan lain.

Shah sebenarnya dah lama marahkan aku. Sejak dari aku mula menjalinkan hubungan dengan permata hatiku, Syazwani. Dia ada hati kat Syaz tapi dia tak kisah aku bercinta dengan Syaz asalkan aku tak mainkan perasaan dia. Shah marah sebab dia sedar aku tak sungguh-sungguh cintakan Syaz. Lagipun dia tak sampai hati sebab aku terlalu baik padanya.

“Habis tu, kenapa waktu tu dia sampai hati pulak?”aku memintas cerita Joey.

“Sebab kau ada Alia. Kalau kau kehilangan Syaz sekalipun, Shah yakin kau takkan rasa apa-apa sebab kau masih ada Alia. Kehadiran Alia membuka jalan pada Shah untuk tunjukkan pada kau dan Syaz yang kamu berdua tidak saling mencintai.” Joey berhenti seketika. Membuka beg lalu mengambil cermin mata. Joey jeling jam sekilas. “Tapi Shah bodoh. Dia bagi surat tu pada Syaz. Syaz pula terus bagi pada Alia. Mana la Syaz mahu Alia dibuat begitu. Alia sepupu Syaz.”

 

Kata-kata terakhir Joey benar-benar mengganggu konsentrasi aku menghadapi SPM. ‘Ali sepupu Syaz’. Ya ALLAH, mengapa Kau temukan dua orang insan ini denganku lalu mencuri hatiku? Dan kalaulah Kau takdirkan Joey bertemu denganku dan ceritakan semua ini selepas SPM, alangkah baiknya. Pasti aku dapat jalani SPM dengan tenang. Setelah bertungkus lumus selama hampir sebulan, aku berjaya juga mengakhiri perjuanganku. Namun aku terkilan kerana aku tidak bersua denagn Alia dan Syaz sepanjang SPM. Bukan sahaja kerana tiada kesempatan tapi aku sengaja menjauhkan diri.

“Keputusan SPM bagi tahun 2000 seluruh negara akan diumumkan esok. Menurut Menteri Pendidikan, Datuk Seri Najib, peratusan pelajar yang mendapat gred A dalam semua matapelajaran adalah meningkat daripada tahun 1999.”berita yang disampaikan oleh pembaca berita pada malam ini sangat mendebarkan hatiku. Esok aku akan ke sekolah untuk mengambil keputusan. Doakan aku,ya!

Kalaulah aku punyai kelebihan seperti Invisible Man, ingin aku hilang dari pandangan manusia pada hari ini. Tak sanggup rasanya melihat Syaz dan Alia sama-sama keluar dari kereta milik ayah Syaz. Mereka beriringan menuju ke pejabat unutk mengambil slip result SPM. Aku masih terpaku. Tak tahu nak buat apa-apa.

“Sham!”aku tersentak dengan panggilan itu. Ya ALLAH, bila pula Syaz dan Alia boleh berada di hadapanku. Berikanlah aku kekuatan.

“Dah ambil keputusan? Saya dengar awak pelajar terbaik tahun ni.”Syaz memulakan bicara. Bagaimana kau boleh setenang itu sedangkan aku…

“A…be…belum. So, kamu berdua…”suaraku terasa tersekat di kerongkong.

“Kami berdua apa?”Alia pula bertanya. Dalam keadaan ini, aku bagaikan tak ingin mendengar suara yang aku rindukan itu.

“Sham…sa..a...saya ambil slip duli,ya.”dan aku terus berlalu.

Terus terang, bukan aku takut,lorat,lemah,dayus atau sebagainya. Aku Cuma kasihankan diri aku sendiri. Aku tak mahu kelihatan bodoh dan kalut sedangkan mereka boleh setenang itu. Adakah kerana namaku sudah tiada lagi di hati mereka?

8 tahun kemudian…

“Bang, tengok Ain ni asyik menangis. Macam mana nak pujuk dia?”Alia merengek padaku. “Lia tak ada pengalaman lagi nak jaga budak.” Itulah isteri aku. Kami bertemu semula di universiti lapan tahun lepas dan menyambung kembali cinta kami dulu. Kalau dah jodoh tak ke mana.

“Hantarlah kat mama dia.”

“Sampainya hati abang. Syaz kan tengah berpantang. Jadi tanggungjawab Lia jaga Ain. Anak Syaz, anak Alia juga.”senyuman Alia ketika menuturkan ayat itu meenggambarkan betapa bahagia hatinya.

“Yalah. Bak sini budak tu. Biar abang pula cuba pujuk.”balasku, juga dengan senyum bahagia. ‘Anak Syaz, anak Alia juga’. Hhmm…

Begitulah kehidupanku sejak berkahwin. Memang bahagia. Boleh aku tamatkan kisah aku sekarang? Oppss…ok,ok.. pertama pasal Joey, dia dah jadi guru sekarang. Tercapai juga cita-cita dia. Shah pula sedang lanjutkan pelajaran di luar negara. Sebelum dia pergi dulu dia sempat minta maaf daripada kami semua. Menurut Shah dia buat begitu hanya kerana cintanya pada Syaz. Dia mengambil keputusan untuk pergi  disebabkan Syaz sudah berterus terang yang dia takkan dapat membalas cinta Shah kerana hatinya sudah dimiliki. Zul yang dulunya duduk di sebelahku di tingkatan lima pun dah kahwin.

Aku harap kehidupan aku selepas ini akan jadi lancar dan terus bahagia. Tapi tanpa masalah dan kejutan tentu hidup tak bermakna. Dan kejutan dalam cerita aku ini ialah hero dalam cerita ini bukannya aku tapi Zul. Macam mana pula dia boleh jadi hero? Rupanya dalam diam dia mencintai Syaz. Walaupun tak sekacak aku, Zul tetap jadi pilihan Syaz kerana Zul jujur dan memiliki cirri-ciri idaman Syaz. Dan Ainur Husna Juwita yang kami gelar Ain ialah zuriat Syaz dan Zul. Anak saudara aku dan Alia. Aku tak sehebat Cikgu Ahmad, kaunselor sekolah rupanya.

 

 

No replies - reply
 
Calendar

January 2012
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031

June 2009
123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930

April 2009
1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930


Older

Recent Visitors

January 28th
google

January 27th
google

January 24th
google

January 17th
google

January 16th
google

January 14th
google

January 13th
google

January 11th
google

January 9th
google

January 5th
google

January 2nd
google

December 30th
google